Sakit dada
Rasa tekanan pada dada anda walaupun anda duduk diam, tak melakukan apa-apa.
Injap-injap jantung
Penyakit injap berlaku apabila satu atau lebih daripada empat injap jantung tidak berfungsi dengan baik.
Ini boleh mengganggu aliran darah antara jantung dan badan anda serta boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan.1
Terdapat banyak jenis penyakit injap jantung, termasuk penyakit yang paling biasa pada pesakit tua, iaitu stenosis injap aorta.1
Doktor anda akan membuat penilaian berdasarkan gejala anda. Ini termasuk pemeriksaan jantung untuk menentukan sama ada anda mempunyai penyakit injap jantung.
Rasa tekanan pada dada anda walaupun anda duduk diam, tak melakukan apa-apa.
Memerlukan anda berehat untuk bernafas walaupun hanya berjalan jarak dekat.
Pengsan semasa melakukan
rutin harian.
Berasa letih dengan kerja rutin kerana pening kepala yang berterusan.
Berasa letih walaupun tidak melakukan
apa-apa.
Tidak pasti ke mana hendak pergi ?
Kebanyakan orang dengan gejala penyakit injap jantung sering mengabaikan gejala-gejala mereka kerana menganggapnya sebagai tanda penuaan.3,4
Namun, hal ini dapat menjadi serius jika tidak diubati.5 Berita baiknya, sebagian besar penyakit ini dapat diubati.6 Semakin cepat penyakit injap aorta didiagnosis dan dirawat, semakin besar peluang pesakit akan pulih sepenuhnya.7
Daftar untuk menerima maklumat e-mel daripada kami tentang stenosis injap aorta dan pilihan rawatan termasuk penggantian injap aorta transkateter (TAVI - Transcatheter Aortic Valve Implantation).
Pilihan rawatan atau terapi lain mungkin tersedia dan anda harus membincangkan maklumat yang anda dapat atas talian dengan profesional penjagaan kesihatan anda. Rawatan yang sesuai untuk setiap individu adalah perkara yang perlu diputuskan oleh profesional penjagaan kesihatan.