Skip to main content
NHV MY Logo

Jika saya mengalami stenosis aorta yang teruk, apa yang patut saya lakukan?

Jika anda mempunyai stenosis injap aorta yang parah, anda mungkin memerlukan penggantian injap aorta yang baharu.1 

Ini boleh dilakukan dengan 2 cara seperti berikut:1

  • SAVR (Surgical Aortic Valve Replacement) ialah pembedahan penggantian injap aorta menggunakan pembedahan jantung terbuka.
  • TAVI/TAVR (Transcatheter Aortic Valve Implantation/Replacement) ialah prosedur di mana hirisan kecil dibuat melalui pangkal paha.
 SAVR (Pembedahan jantung terbuka)1TAVI (Implantasi/penggantian injap aorta transcatheter)1
ProsedurPakar bedah akan membuat hirisan di dada untuk membuka jantung.

Injap aorta yang berpenyakit dikeluarkan sepenuhnya dan digantikan dengan injap mekanikal atau injap bioprostetik
Pakar kardiologi akan membuat hirisan kecil. Dan injap bioprostetik baharu akan dimasukkan ke dalam injap jantung yang berpenyakit.

TAVI adalah prosedur yang kurang invasif daripada pembedahan jantung terbuka.
Tempoh prosedurProsedur biasanya mengambil masa 2-4 jam.Prosedur biasanya mengambil masa 1-2 jam
Masa keluar hospitalBiasanya, penginapan di hospital selama 1 minggu disarankan selepas prosedur.Anda mungkin boleh keluar dari hospital dalam masa satu atau dua hari selepas prosedur, melainkan doktor anda menasihatkan penginapan di hospital yang lebih lama.

*Biasanya pada bahagian pangkal paha dan kadang kala, pada sisi dada

Tonton video ini untuk mengetahui pilihan merawat stenosis aorta anda.


Jangan tunggu untuk memeriksa jantung anda. Lawati doktor anda hari ini!

man in blue shirt

Kekal maklum

Daftar untuk menerima maklumat e-mel daripada kami tentang stenosis injap aorta dan pilihan rawatan termasuk penggantian injap aorta transkateter (TAVI - Transcatheter Aortic Valve Implantation).

mailing list

Rujukan

  1. Mayo Clinic. Aortic valve stenosis. Available at: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/aortic-stenosis/diagnosis-treatment/drc-20353145. Accessed 23 October 2023.

  2. American Heart Association. Managing Aortic Stenosis Symptoms. Available at: https://www.heart.org/en/health-topics/heart-valve-problems-and-disease/heart-valve-disease-risks-signs-and-symptoms/managing-aortic-stenosis-symptoms. Accessed 23 October 2023.
  3. Otto CM, et al. Circulation 2021;143:e72-e227.
  4. British Heart Foundation. TAVI (Transcatheter aortic valve implantation). Available at: https://www.bhf.org.uk/information... Accessed 2 August 2023.

Maklumat keselamatan penting

Maklumat di laman web ini termasuk maklumat pendidikan tentang keadaan tertentu dan pilihan rawatan.

Pilihan rawatan atau terapi lain mungkin tersedia dan anda harus membincangkan maklumat yang anda dapat atas talian dengan profesional penjagaan kesihatan anda. Rawatan yang sesuai untuk setiap individu adalah perkara yang perlu diputuskan oleh profesional penjagaan kesihatan.